Thursday 11 June 2009

MIRI + JEREBU = Nyakit ati aku..

Nah...
IPU jerebu miri ari tok... 78...

Time ku nak nyihat lah jadi macam tok...
Saba jak aku.. last year banjir..tok tek..elnino gik..jerebu gik.. saba jak lah..

ElNino dari bulan tok till december... kakya.. bulan august dijangka paling panas..
saba jak aku..
tok ku ambik dari sigek site kesihatan ya...

Jogging pun kalau boleh di henti kan dolok.

Jerebu

APAKAH JEREBU

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ni mungkin berasal semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikeI-partikel ini wujud berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-Punca Jerebu

Punca utama jerebu adalah akibat daripada;

Pembakaran secara terbuka

Asap dari kilang

Asap dari kenderaan

Hindari daripda perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagal panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-

NILAI IPU

STATUS

0 – 50

Baik

51 – 100

Sederhana

101 – 200

Tidak Sihat

201 – 300

Sangat Tidak Sihat

301 – 500

Berbahaya


Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahul tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-Iangkah pencegahan.

Jerebu Mengancam Kesihatan Anda.

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

1. Kanak

2. Orang tua

3. Mereka yang mengalami penyakit

• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan

4. Perokok

5. Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda Dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.

Terasa sukar untuk bernafas atau

sesak nafas.

Mata terasa pedih dan berair.

Hidung berair dan kerap bersin.

Ku badan terasa gatal-gatal.

Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya unda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut:

Mereka yang mengalami penyakit penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

mereka yang didalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.

Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.

Kurangkan aktiviti sukan diluar rumah.

Orang ramal dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.

Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100)

Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

Dah lah panas hati ku..

1 comment:

  1. lepas hujan lebat pagi 2hari lepas ya n hujan pagi tek aku rasa barulah segar skit udara d miri tok.... bleh con. jogging dah bro..

    ReplyDelete